Pages

Search This Blog

MENILAI

Tuesday, July 13, 2010

Dalam kehidupan ini penilaian sangatlah penting. Kadangkala penilaian kita tepat dan kadangkala sebaliknya. Sebelum menilai seseorang sama ada baik atau buruk, kita perlu bertanyakan dahulu pada diri kita, apakah kita mengetahui konteks perbuatan orang itu? apakah kita mengetahui masalah – masalah yang sedang dihadapi orang itu? apakah kita mengetahui apa yang sebenarnya diharapkan orang itu dari perbuatannya? dan apakah kita mengetahui sistem pemikiran orang itu secara menyeluruh? Bila kita tidak mampu menjawab dengan yakin keempat-empat pertanyaan tersebut maka kita perlu bermuhasabah diri bahawa layakkah kita menilai. Justeru itu, kemampuan manusia ini sangatlah kerdil kerana yang sebenar-benarnya penilai adalah YANG MAHA MENGETAHUI.

0 comments: