Pages

Search This Blog

DARI KAPIT KE MIRI

Friday, February 19, 2010












Perjalanan di Sarawak sememangnya jauh......... luas buminya sayup mata memandang..... cuti sempena gong xi fa chai 2010 aku pergi jalan2 makan angin sampai ke miri,,,,,, mulanya aku keluar ke sibu dgn 2 pekerja contoh BTP Kapit (Arip & Jalie) utk hiburkan diri ja...... tapi tiba2 pico (saing aku di bintulu nk ambik aku di sibu ke bintulu dgn kereta) jd aku on ja la........ rupa2nya aku bkn smpai ke bintulu saja tp sampai ke Miri Bandaraya Minyak..... Jauh perjalanannya..... dr kapit ke sibu naik ekspress bot menyusuri sungai rajang selama 3 jam...... dari sibu ke bintulu 3 jam menunggang VIVA....... dari bintulu ke Miri pun lebih kurang 3 jam. Mmg jauh maaa...... Terisi cuti aku kali ini......

GURU PERLU BERWASPADA

Monday, February 8, 2010


Pelajar perempuan dakwa dipukul guru kerana minyak wangi

KULIM 8 Feb. – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah (SM) Lubuk Buntar dekat sini mendakwa dipukul seorang guru lelaki semasa dalam kelas pagi semalam kerana bertanya sama ada guru itu memakai minyak wangi.

Pelajar berusia 13 tahun itu berkata, dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks, dan telah mendapat rawatan di Hospital Parit Buntar.

"Semasa cikgu sedang menulis di papan hitam, cikgu bertanya ada sesiapa dalam kelas yang memakai minyak wangi dan tiada siapapun yang mengaku, dan saya kemudiannya bertanya adakah cikgu memakai minyak wangi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Gula dekat sini hari ini.

Pelajar itu berkata, guru terbabit marah dengan pertanyaan beliau dan menghentak kepalanya dengan buku teks sebelum mengetuk kepalanya dengan tangannya.

Katanya, setelah pulang ke rumah pada 3 petang, dia mengadu kepada bapanya, Zakaria Mamat, 50, yang membawanya ke Klinik Kesihatan di Bagan Samak di sini sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Zakaria pula berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu malam tadi. – Bernama

AVATAR..... best film in this time

Saturday, February 6, 2010


Selamat datang ke planet Pandora, planet yang berada jauh dari bumi yang memerlukan empat tahun kelajuan cahaya untuk sampai ke situ.

Di sini Cameron mencipta dunianya yang baru.

Avatar (yang secara literal bermaksud menyerapkan diri kepada kehidupan yang lain) merupakan sebuah filem fiksyen sains termahal daripada Cameron.

Sebagai rekod, Cameron merupakan sutradara bagi filem-filem mega seperti The Terminator, Aliens, The Abyss dan Titanic.

Tetapi Avatar lebih besar bukan sahaja dari segi kosnya yang melebihi RM1.2 billion, tetapi juga teknologi yang menghasilkannya.

Sama ada filem ini ditonton secara 2-D ataupun 3-D, kedua-duanya memberikan pengalaman visual yang hebat.


Aku dah 2 kali tonton cite ni.... mmg best..... the best film 2009........