Pages

Search This Blog

Memalukan Golongan Agama

Tuesday, July 20, 2010

Lelaki ditemui berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel murah

ALOR SETAR: Seorang ustaz berusia 39 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel murah di Taman Teja, Changlun, dekat sini, tengah hari kelmarin. Lelaki itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu ketika ditemui bersekedudukan dalam sebuah bilik hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari bersama wanita terbabit yang berusia 36 tahun.
Serbuan itu turut dibantu sepasukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kawasan perumahan itu selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan maksiat pasangan terbabit di hotel murah terbabit.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri dan mempunyai lima anak yang masih kecil, manakala pasangannya mempunyai suami serta seorang anak.

Sumber berkata, ketika serbuan itu, pintu bilik hotel berkenaan dibuka seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan dia terkejut apabila melihat kehadiran anggota penguatkuasa pejabat agama dan RELA serta membenarkan pemeriksaan dilakukan.

Katanya, hasil pemeriksaan itu, pihak berkuasa menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap bersembunyi di bilik air dalam keadaan ketakutan.
“Ketika disoal siasat pasangan itu mengaku mereka hanya kawan biasa dan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Berikutan itu, pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Changlun untuk dibuat laporan tangkapan,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, ketika disoal siasat lelaki itu enggan mengakui dia seorang ustaz, sebaliknya mendakwa bekerja sebagai petani dan jabatan agama sedang menyiasat lokasi ustaz terbabit mengajar.

Anggota penguatkuasa turut menemui ketayap yang dipercayai milik ustaz berkenaan yang disorokkan di bawah bantal dalam bilik hotel itu.

Siasatan juga mendapati mereka tinggal di kampung yang sama di Kuala Kedah.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat.

0 comments: