Pages

Search This Blog

GURU PERLU BERWASPADA

Monday, February 8, 2010


Pelajar perempuan dakwa dipukul guru kerana minyak wangi

KULIM 8 Feb. – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah (SM) Lubuk Buntar dekat sini mendakwa dipukul seorang guru lelaki semasa dalam kelas pagi semalam kerana bertanya sama ada guru itu memakai minyak wangi.

Pelajar berusia 13 tahun itu berkata, dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks, dan telah mendapat rawatan di Hospital Parit Buntar.

"Semasa cikgu sedang menulis di papan hitam, cikgu bertanya ada sesiapa dalam kelas yang memakai minyak wangi dan tiada siapapun yang mengaku, dan saya kemudiannya bertanya adakah cikgu memakai minyak wangi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Gula dekat sini hari ini.

Pelajar itu berkata, guru terbabit marah dengan pertanyaan beliau dan menghentak kepalanya dengan buku teks sebelum mengetuk kepalanya dengan tangannya.

Katanya, setelah pulang ke rumah pada 3 petang, dia mengadu kepada bapanya, Zakaria Mamat, 50, yang membawanya ke Klinik Kesihatan di Bagan Samak di sini sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Zakaria pula berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu malam tadi. – Bernama

1 comments:

Manja Malinja said...

Ganasnya cikgu... harapnya ustaz z tak baran macam ni...